Park Jae-hong Sah Jurulatih Baharu Kelantan
Liga Super
KDN FC
Advertisements

Spekulasi tentang siapa jurulatih baru Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) akhirnya terjawab apabila Park Jae-hong diumumkan sebagai jurulatih baru pasukan itu.

Perlantikan jurulatih Korea Selatan berusia 45 tahun itu diumumkan pengurusan Kijang Emas di platform media sosial rasmi mereka semalam.

Ini menjadikan Jae-hong sebagai jurulatih Korea ketiga yang melatih pasukan di Malaysia selepas Kim Pan-gon (skuad senior Malaysia) dan Choi Moon-sik (Kelantan FC).

Advertisements

“Mengumumkan ketua jurulatih Kelantan Darul Naim FC, Park Jae-hong. Beliau merupakan bekas ketua jurulatih kelab K3, Yangju Citizen.

“Park Jae-hong ketika karier sebagai pemain merupakan bekas anggota skuad kebangsaan Korea Selatan yang menyertai kejohanan Sukan Olimpik Sydney 2000, Piala Asia 2004 dan beliau juga telah bersama skuad Korea Selatan sejak usia 16 tahun.

“Karier pemain, beliau beraksi dengan banyak kelab besar di Korea Selatan seperti Jeonbok Hyundai dan Jeongnam Dragons. Beliau menamatkan karier pemain dengan kelab Thailand, Police United FC pada tahun 2013,” kata kelab dalam satu kenyataan.

Advertisements

Jae-hong turut diperkenalkan pengurusan Kijang Emas kepada penyokong dalam Majlis Pelancaran Jersi dan Memperkenalkan Pemain Kelantan Darul Naim FC di Dataran Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu semalam.

Beliau bakal dibantu Rezal Zambery Yahya dan Ashadi Yusof sebagai penolong jurulatih. Sementara Abdul Rahman Baba pula menggalas peranan sebagai jurulatih penjaga gol.

Kelibat Jae-hong sebagai pengemudi Kelantan bakal dilihat buat kali pertama apabila pasukan itu menentang Sri Pahang FC untuk aksi pra-musim 2024/25 di Stadium Sultan Muhammad IV pada 24 April ini.

Advertisements

Perlawanan tersebut merupakan sebahagian daripada lapan perlawanan pra-musim yang digunakan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) bagi menguji keberkesanan sistem bantuan video pengadil (VAR).

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram