Pasukan Benjamin Mora Diaibkan Dengan Kelakuan ‘Sumbang’ Pemain Lawan
Dunia
Atlas FC
Advertisements

Kemenangan yang diraih kelab bekas jurulatih Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Benjamin Mora, Atlas FC hari ini sedikit tercemar gara-gara insiden mengaibkan yang dilakukan pemain Queretaro, Omar Israel Mendoza.

La Furia ketika itu sedang mendahului Queretaro 1-0 menerusi Augusto Solari selepas menyumbat gol pada minit akhir babak pertama.

Pada minit ke-62, Mendoza bertindak meraba punggung pemain Atlas, Brian Lozano semasa cuba merampas bola sehingga terjatuh. Insiden tersebut menimbulkan kemarahan Mora dan pemain-pemain pelawat kerana ia berlaku di tepi bahagian teknikal La Furia.

Advertisements

Selepas pembantu pengadil video (VAR) meminta pengadil melihat insiden berkenaan di monitor, pengadil tidak teragak-agak melayangkan kad merah kepada Mendoza.

Biarpun beraksi dengan 10 pemain, Los Albiazules berjaya menyamakan kedudukan menerusi Emanuel Gularte pada minit ke-81.

Bagaimanapun, Mora dan barisan pemain Atlas meraikan kemenangan apabila Juan Manuel Zupata menyumbat gol kemenangan pada minit akhir babak kedua.

Advertisements

Kemenangan ini melonjakkan La Furia ke tangga kelima Liga MX dengan sembilan mata. Manakala Queretaro pula berada di tangga ke-12 dengan tujuh mata.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram