Pau Marti Galas Tugas Kim Pan-gon
MakanBola
FA Malaysia
Sponsors

Pembantu jurulatih skuad kebangsaan, Pau Marti Vicente akan mengambil alih tugas Kim Pan-gon selaku pengendali Harimau Malaya berkuat kusa serta-merta.

Ini susulan peletakan jawatan Kim Pan-gon selaku ketua jurulatih skuad kebangsaan yang diumumkan sendiri oleh beliau dalam satu sesi sidang media yang berlangsung di Wisma FAM pada Rabu.

Ad

“Hari ini, saya telah memutuskan untuk berundur sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan Malaysia kerana komitmen peribadi saya. Saya memohon maaf atas sebarang kekecewaan yang mungkin ditimbulkan kepada semua pihak,” umum Pan-gon.

Ad

Pelantikan Pau Marti juga dimaklumkan dalam sesi yang sama oleh Timbalan Presiden FAM, Datuk Wira Mohd Yusoff Haji Mahadi dengan tugasan pertama buat jurulatih kelahiran Sepanyol itu adalah di kejohanan Pesta Bola Merdeka.

Ad

“Sudah pasti tugasan pertama Pau Marti selaku pemangku ketua jurulatih Harimau Malaya untuk mengemudi pasukan bagi pertandingan Pestabola Merdeka 2024 yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil September ini,” maklum Datuk Wira Mohd Yusoff Haji Mahadi.

Ad

Dengan pelantikan sebagai ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Pau Marti Vicente bakal dibantu seorang lagi penolong ketua jurulatih kebangsaan, E. Elavarasan untuk membawa cabaran negara dalam perlawanan akan datang.

Ad

Datuk Wira Yusoff juga memaklumkan bahawa staf-staf kejurulatihan lain iaitu penolong jurulatih, Park Bobae; jurulatih penjaga gol, Cho Junho; jurulatih kecergasan, Jihyeon Park dan jurulatih analisis prestasi, Lim Jaehun akan terus kekal mengikut kontrak.