Bekas jurulatih Harimau Malaya, Pau Marti Vicente mengakui Malaysia masih dekat di hati beliau, meskipun sudah tak lagi bersama pasukan kebangsaan.
Perasaan rindu itu diluahkan oleh Pau Marti menerusi satu hantaran di Instagram peribadi beliau yang mengulang siar sekeping foto yang diambil ketika hari terakhirnya berada di Kuala Lumpur.
Dalam hantaran itu, Pau Marti meluahkan perasaan rindunya terhadap Malaysia dan juga warganya apabila genap setahun meninggalkan negara setelah kontraknya bersama pasukan kebangsaan tamat.
”Sudah setahun sejak saya mengambil gambar ini ketika hati terakhir saya di Kuala Lumpur,” tulis Pau Marti di Instastory.
”Masih rindukan Malaysia dan orang-orangnya,” tambah jurulatih kelahiran Sepanyol itu lagi.

Nama Pau Marti bukanlah asing dalam kalangan penyokong bola sepak tanah air apabila jurulatih berusia 43 tahun itu pernah bersama skuad Harimau Malaya dari 2022 hingga 2024.
Beliau memulakan kariernya di Malaysia sebagai penolong jurulatih kepada Kim Pan-gon pada Februari 2022 sebelum diberi tanggungjawab sebagai jurulatih interim selama lima bulan pada tahun 2024.
Sepanjang tempoh tersebut, Pau Marti telah mengendalikan 9 perlawanan bersama Harimau Malaya dengan rekod empat kemenangan, tiga keputusan seri hanya dan dua kekalahan
Antara kejayaan manis beliau adalah membantu Malaysia layak ke Piala Asia AFC 2023 secara merit sebagai penolong jurulatih selain membimbing pasukan muncul juara Pestabola Merdeka 2024.
Kini, Pau Marti menggalas peranan sebagai Pengarah Akademik di Barcelona Innovation Hub sejak September 2025 selepas meninggalkan Malaysia.