Advertising
Pau Marti: Semoga Berjaya Malaysia
MakanBola
FA Malaysia

Bekas jurulatih Malaysia, Pau Marti Vicente ucap selamat maju jaya di masa akan datang buat skuad Harimau Malaya.

Pau Marti diumumkan sebagai pengganti kepada Kim Pan-gon pada Julai 2024 setelah jurulatih dari Korea Selatan itu mengambil keputusan untuk berpisah dengan skuad negara.

Sungguhpun begitu, jodoh Pau Marti dan Malaysia tidak lama apabila pengendali dari Sepanyol itu umum tinggalkan skuad sebaik tugas di ASEAN Mitsubishi Electric Cup lalu berakhir.

Ad

Dalam sebuah hantaran di akaun media sosial peribadi Pau Marti, beliau dilihat kembali menggamit memori manis ketika dilantik sebagai salah seorang barisan kejurulatihan Harimau Malaya.

Ad

“Pada 2022 (sekitar) 3 tahun yang lalu, kami mengadakan sidang media pertama sebagai staf kejurulatihan pasukan kebangsaan Malaysia,” tulis Pau Marti di ruangan kapsyen.

Luah Pau Marti, begitu banyak kenangan manis yang dilakar selama hampir 3 tahun bersama skuad negara dan pastinya akan kekal dalam memori dan sanubari beliau.

Ad
Ad

“Hampir 3 tahun membimbing pasukan ini dan berjuang bagi negara ini di seluruh dunia. Banyak kenangan luar biasa yang akan kekal selamanya,” luah Pau Marti.

Ad

Pau Marti turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat maju jaya buat Harimau Malaya di masa akan datang dengan aksi terdekat pada Mac ini dalam kempen Kelayakan Piala Asia.

“Semoga berjaya di masa hadapan Malaysia,” ujar Pau Marti secara ringkas.

Antara kenangan manis yang dilakar oleh Pau Marti bersama Harimau Malaya sebelum ini pastinya kejayaan layak ke Piala Asia secara merit selain muncul juara di Pestabola Merdeka 2024

Skuad Harimau Malaya kini berada di bawah bimbingan Peter Cklamovski dan bakal memulakan tugas pertama pada aksi pertama Kelayakan Piala Asia 2027 bertemu Nepal pada Mac ini.

Persiapan pasukan ketika ini sedang rancak berjalan apabila Cklamovski sendiri dilihat turun padang bagi menonton aksi pemain tempatan selain difahamkan bakal diperkuat dengan kehadiran tonggak warisan.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments