Paulo Josue Akui JDT Lawan Hebat
Piala FA
KL City FC
Advertisements

Kapten KL City FC, Paulo Josue mengakui lawan mereka pada aksi final Piala FA 2023, Johor Darul Ta’zim (JDT) FC sebagai lawan yang hebat dan berkaliber.

Ini kerana ketika ini, JDT FC berada di persada Liga Super dengan mencatat rekod 100% kemenangan tanpa sebarang kekalahan.

Malah, KL City FC sudah merasa kekalahan di tangan Harimau Selatan dua kali dalam saingan liga. Mereka tunduk 3-0 di Stadium Cheras pada 1 Mac sebelum dibelasah 6-1 oleh lawan sama pada 3 Julai lalu.

Advertisements

Biarpun sedar City Boys bakal berdepan tugas sukar pada aksi final, Josue percaya menewaskan Harimau Selatan bukan satu tugas yang mustahil.

“Saya boleh katakan ketika ini, perlawanan itu akan menjadi perlawanan yang sukar. JDT sangat bagus musim ini. Memang betul mereka akan kalah dalam perlawanan satu hari nanti.

Advertisements

“Saya harap KL (City) dapat melakukannya dan mengejutkan mereka seterusnya memenangi perlawanan itu. Perlawanan final berbeza daripada perlawanan Liga Malaysia.

“Jadi, kita harus bersedia untuk hari itu dan memberikan yang terbaik pada aksi final berkenaan,” katanya kepada Nadi Arena.

Advertisements

Aksi final Piala FA 2023 bakal diadakan di Stadium Sultan Ibrahim pada Sabtu ini. KL City FC berharap dapat mengakhiri kemarau Piala FA dengan menjulang trofi itu buat kali pertama sejak 1999.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram