PDRM Vs Kedah: Dua Gol Penalti Pastikan Maruah Kedah Tak Dicalar PDRM
Dunia
Kedah Darul Aman FC
Advertisements

Pertembungan antara pasukan PDRM menentang Kedah Darul Aman FC berkesudahan dengan kemenangan milik pasukan pelawat.

Kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik dan memulakan perlawanan dengan tempo yang agak baik.

Anak didik Nafuzi Zain terlebih dahulu memulakan percubaan menerusi pemain sayap lincah, Al-Hafiz Harun namun dinafikan penjaga gol tuan rumah.

Advertisements

Aksi lesu kedua-dua pasukan menyebabkan perlawanan terikat 0-0.

Bersambung babak kedua, Hijau Kuning mula mengatur gerak dan melancarkan serangan bertali-arus.

Advertisements

Percubaan oleh penyerang baharu Kedah, Ifedayo Olesogun dihalang pertahanan The Kops sebelum Al-Hafiz Harun sekali mensia-siakan peluang di hadapan gawang pada minit ke-52.

Pertukaran PDRM untuk membawa masuk Bruno Suzuki seringkali memberi masalah kepada Kedah namun tiada percubaan tepat berjaya dilakukan.

Advertisements

Dua penalti pada saat akhir oleh Ifedayo Olesogun dan Lee Tuck pastikan Kedah pulang dengan 3 mata.

Keputusan ini kekal sehingga wisel penamat sekaligus menyaksikan Kedah melonjak ke tangga ke-4 sementara PDRM di tangga ke-8.

Advertisements

Kedah akan melayan kunjungan Kelantan United bagi aksi berikutnya sementara PDRM akan menentang Terengganu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram