Ads
Pearly Tan-M. Thinaah Selangkah Pintas Dua Jaguh Jepun
UltraSukan
Olympic Malaysia

Prestasi positif dipamer Pearly Tan-M. Thinaah hampir melonjakkan kedudukan mereka untuk memintas dua lagi jaguh dari Jepun.

Advertisements

Berdasarkan kemas kini ranking terbaharu Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Selasa, pasangan negara ini masih mengekalkan kedudukan mereka sebagai beregu kelapan dunia.

Advertisements

Kejayaan meraih tempat keempat di Olimpik Paris selain muncul naib juara di Korea Open minggu lalu jelas sekali membantu Pearly-Thinaah untuk berada dalam kelompok terbaik dunia.

Advertisements
Advertisements

Dengan berada di ranking kelapan dunia, Pearly-Thinaah berjaya mengumpul 69583 mata, tidak jauh ketinggalan di belakang dua pesaing yang kini di kedudukan keenam dan ketujuh dunia dari Jepun.

Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara yang berada di posisi ke-7 dunia hanya dibezakan 5007 mata di hadapan beregu negara, dengan pasangan Jepun itu mengumpul sejumlah 74590 mata.

Advertisements

Manakala rakan senegara, Rin Iwanaga-Kie Nakanishi pula di ranking keenam dunia dengan mengumpul 76040 mata, berkelebihan 6457 mata berbanding Pearly-Thinaah buat masa ini.

Di ranking pertama, Chen Qing Chen-Jia Yi Fan dari China masih mengekalkan kedudukan mereka sambil diekori oleh pasangan Korea Selatan, Baek Ha Na-Lee So Hee di posisi kedua dunia.

Advertisements

Pearly-Thinaah akan meneruskan misi untuk mengumpul mata ranking sebanyak mungkin dengan turun beraksi di pusingan kedua Hong Kong Open menentang wakil tuan rumah pada Khamis.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram