Peledak ‘Buatan’ Nigeria Mengembara Sertai Terengganu
Transfer
PDRM FC
Advertisements

Selepas memilih melepaskan khidmat penyerang Ghana, Jordan Mintah, pengurusan Terengganu FC membawa masuk seorang peledak berbisa dari Nigeria.

Penyerang yang dimaksudkan ialah bekas penyerang PDRM FC untuk kempen Piala MFL musim lepas, Nnabuike Chijioke Chukwu.

Perpindahan penyerang berusia 26 tahun itu diumumkan pengurusan Terengganu hari ini. Chijioke Chukwu bakal digunakan bagi membantu kempen Terengganu II untuk Piala MFL musim 2024.

Advertisements

“Selamat datang Nnabuike Chijioke Chukwu ke Terengganu II!” kata kelab dalam satu kenyataan di X.

Chijioke Chukwu berkongsi kedudukan penjaring kedua terbanyak Piala MFL musim lepas bersama penyerang muda Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Gabriel Nistelrooy dengan 13 gol.

Advertisements

Manakala Ebenezer Assifuah yang mewakili Kedah Darul Aman FC (KDA FC) muncul penjaring terbanyak Piala MFL dengan meledakkan 16 gol.

Chijioke Chukwu merupakan sebahagian daripada beberapa pemain baru yang dibawa untuk memperkuat Terengganu II.

Advertisements

Selain beliau, pengurusan Peteh turut membawa masuk dua bintang muda Kelantan FC, M. Rakesh dan Khalaif Naskam.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram