Advertising
Pelik, Kenapa Jaringan JDT Tidak Dikira?
ACL
MakanBola
AFC

Gol saat akhir Johor Darul Ta’zim (JDT) yang tidak dikira dalam aksi kedua pusingan 16 Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) menjadi bualan peminat bola sepak Malaysia.

Aksi kedua pusingan 16 menyaksikan JDT dan Buriram United berentap untuk memburu slot ke suku akhir.

Ad

Sebelum ini, kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan di Stadium Buriram dalam aksi pertama pusingan 16 pada 4 Mac lalu.

Ad

Harimau Selatan ketinggalan 1-0 apabila Suphanat Mueanta meletakkan Thunder Castle di hadapan pada minit ke-58.

JDT menyangka telah mendapat talian hayat pada minit akhir perlawanan menerusi Jorge Obregon. Malangnya, gol itu dibatalkan kerana penyerang Colombia itu didakwa berada di kedudukan ofsaid.

Ad

Keputusan itu sudah cukup untuk membawa Thunder Castle ke peringkat suku akhir ACLE. Meskipun begitu, keputusan dua pegawai VAR dari Kuwait, Abdullah Jamali dan Abdullah Alkandari menjadi bualan penyokong.

Ad

Ini kerana berdasarkan tangkap layar insiden gol Obregon, mereka percaya penyerang JDT itu berada pada kedudukan onsaid.

Ad

Malah, hal ini turut membuatkan wartawan MakanBola, Syafiq Freman keliru tentang keputusan gol tersebut.

“Kenapa gol JDT dikira ofsaid sedangkan ulang tayang nampak macam tak ofsaid? Apa yang berlaku?” katanya di X.

Seorang peminat bernama Riccardo Nazfiori turut keliru dengan keputusan itu. “Siapa jaga VAR? Haram sudahlah tak boleh ulang semula lepas semakan semula VAR,” katanya.

Seorang lagi penyokong bernama Shahmexr turut senada dengannya. “Aku perasan penolong pengadil itu asyik angkat bendera saja walaupun tak tahu betul-betul offsaid ke tak,” ujarnya.

Kekalahan ini menyaksikan JDT terlepas peluang mara ke suku akhir ACLE musim 2024/25. Kini, fokus Harimau Selatan beralih pula kepada aksi final Unifi Piala Malaysia pada April ini.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments