Peluang Faiz Subri Cipta Nama Sebagai Jurulatih Teknikal Teqball Tertangguh
Dunia
faiz_subri13
Advertisements

Pemenang Anugerah Puskas 2016, Mohd Faiz Subri baru-baru ini telah mengesahkan bahawa beliau terpaksa melenyapkan impiannya untuk memegang jawatan sebagai jurulatih teknikal pasukan Teqball buat pasukan antarabangsa Hungary tahun lalu. 

Pemain berusia 33 tahun itu juga mengatakan bahawa tiada apa-apa perbincangan tentang jawatan itu yang telah ditawarkan sejak tahun lepas. 

“Setakat ini tiada perbincangan lanjut mengenai tawaran tersebut (jurulatih teknikal pasukan Teqball Hungary) dan saya anggap ia telah berakhir,” kata bekas pemain Pulau Pinang kepada Bernama

Advertisements

Bekas pemain Penang FC itu dikatakan terlepas peluang untuk menggalas jawatan tersebut oleh kerana pada ketika itu beliau sedang mewakili pasukan Liga M3, Northern Lions Football (NLFC) pada Disember tahun lepas. 

Pada saat itu juga, beliau dikatakan perlu membuat satu pilihan sahaja mengenai jawatan yang diberikan, sama ada meneruskan kariernya sebagai pemain bola sepak atau menjadi jurulatih teknikal. 

Walau bagaimanapun, beliau mengesahkan bahawa tiada sebarang keputusan yang dilakukan sepanjang waktu itu. Berikutan situasi pandemik COVID-19 yang membimbangkan buat seluruh rakyat malaysia membuatkan beliau terpaksa melupakan hasratnya untuk beraksi di Liga M3 untuk pasukan Kuala Kangsar FC (KKFC).

Advertisements

“Terkini saya tiada pasukan selepas saingan Liga M3 2021 dibatalkan. Saya masih menanti tawaran dari mana-mana pasukan yang masih percaya dengan kebolehan saya,” kata Faiz Subri

Menurut Awani, pemain kelahiran Kedah itu optimis dengan kemampuanya untuk beraksi dalam liga profesional setidak-tidaknya tiga tahun lagi. 

“Tahap kecergasan saya hampir mencapai tahap terbaik sewaktu menjalani latihan bersama KKFC dan ketika ini saya masih melakukan latihan kecergasan secara sendirian.”

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram