Advertising
Pemain Harimau Malaya Terima Mesej Penting Peter Cklamovski
MakanBola
FAM/FCT

Pengendali skuad Harimau Malaya, Peter Cklamovski sempat meninggalkan mesej dan pesanan khusus untuk para pemain yang bakal menyarung jersi kebangsaan.

Selepas dilantik pada Disember lalu, Cklamovski telah tiba di tanah air dan memulakan tugas bersama skuad kebangsaan serta melapor diri di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Ad

Ckalmovski juga ketika ini sedang giat merencana persiapan rapi menjelang kem latihan yang dijangka bermula pada Mac hadapan untuk menghadapi aksi Kelayakan Piala Asia 2027 nanti.

Ad

Ketika ditemu bual oleh pihak FAM, Cklamovski turut sempat meninggalkan mesej atau pesanan buat para pemain supaya bersedia untuk menjadi lebih agresif dan meningkat sebagai satu pasukan.

”Siap sedia semua, kita akan jadi sangat agresif,” pesan Peter Cklamovski kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Ad

”Kita akan bertambah baik dengan apa kita lakukan sebagai satu pasukan,” tambah Cklamovski lagi.

Ad

Oleh itu, jurulatih berusia 44 tahun itu berharap agar usaha keras dari para pemain nanti bakal meningkatkan permainan sekaligus memberikan hasil yang ingin dicapai oleh pasukan kelak.

Ad

“Dengan kerja keras dan komitmen itu, bersama kita meraih satu peningkatan yang diperlukan bagi mendapat keputusan yang kita mahu.”

Tugasan pertama Cklamovski dan pasukan Harimau Malaya adalah berdepan Nepal pada 25 Mac hadapan dalam aksi pembukaan kumpulan F bagi kempen Kelayakan Piala Asia 2027.