Pemain Ini Berani Layangkan Kad Uno Kepada Pengadil
Hiburan
Sidemen
Advertisements

Perlawanan amal Sidemen-YouTube All Stars 2023 mencuri tumpuan ramai semalam gara-gara tindakan seorang pemain Sidemen menunjukkan kad Uno terbalik kepada pengadil Mark Clattenburg.

Ini kali kedua bekas pengadil EPL itu mengadili perlawanan itu selepas melakukan perkara sama pada 2022.

Menariknya, perlawanan tahun lepas juga kecoh apabila pempengaruh terkenal iShowSpeed membaling baju ke arah Clattenburg sebelum mengejarnya selepas membatalkan gol atas sebab ofsaid.

Advertisements

Dan kali ini, Clattenburg dan pempengaruh YouTube, Max Fosh mencuri tumpuan penyokong di Stadium London. Semuanya bermula apabila Fosh yang beraksi dalam untuk YouTube All Stars membuat terjahan ke atas Simon Minter.

Susulan itu, Clattenburg tidak teragak-agak melayangkan kad kuning terhadap pempengaruh terkenal itu. Bagaimanapun, Fosh kemudiannya mengeluarkan kad Uno terbalik untuk menukar keputusan pengadil berkenaan.

Advertisements

Insiden ini tular di media sosial dengan ramai geli hati dengan tindakan beliau. Insiden ini merupakan yang pertama kali berlaku dalam perlawanan bola sepak dan dijangka tidak berulang lagi.

Yang pasti, perlawanan amal Sidemen-YouTube All Stars 2023 berakhir dengan kemenangan Sidemen 8-5. Perlawanan tersebut turut menyaksikan kutipan derma sebanyak £2.4 juta (RM14 juta) diraih semalam.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram