Keampuhan Pemain JDT Ledak Gol Saat Akhir Menggerunkan
MakanBola
Johor Southern Tigers

Johor Darul Ta’zim (JDT) mempunyai ketajaman yang cukup luar biasa terutamanya menjelang 15 minit terakhir permainan dalam usaha untuk mencipta kejutan ke atas Urawa Reds Jumaat ini.

Pasukan milik Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) ini berada dalam prestasi yang cukup baik ketika ini apabila berjaya mengekalkan keampuhan sungguhpun bertukar tampuk kejurulatihan.

Selepas tamat era Benjamin Mora, JDT yang dibimbing Hector Bidoglio kekal cemerlang untuk mengemudi saingan Liga Super dengan mengekalkan rekod tanpa kalah pasukan.

Malah, statistik jaringan luar biasa JDT membuktikan bahawa mereka sememangnya cukup bersedia untuk meledak ketika bertemu Urawa Reds pada perlawanan peringkat kalah mati ini.

Pasukan Harimau Selatan jelas cukup ampuh dalam memanfaatkan tempoh 15 minit permainan terakhir dalam setiap perlawanan.

View this post on Instagram

A post shared by JOHOR DARUL TA’ZIM FC (@officialjohor)

JDT berjaya merekodkan 22 gol pada musim ini pada 15 minit terakhir perlawanan dalam semua kejohanan.

Rekod jaringan ini juga menjadi punca gol tertinggi buat kelab dalam tempoh 90 minit permainan sekaligus membuktikan bahawa para pemain JDT terus berjuang sehingga wisel penamat dibunyikan.

JDT kini sedang menyalakan harapan dalam usaha untuk mencatat kemenangan pada pusingan kalah mati nanti.