Pemain Kacukan Malaysia, Ethan Wheatley Ledak Hatrik Lawan Liverpool
EPL
ethanwheatley.9
Advertisements

Pemain kacukan Malaysia, Ethan Wheatley mencipta sensasi apabila meledak hatrik untuk membantu Manchester United bawah 18 tahun membelasah Liverpool dalam saingan Liga Perdana Inggeris Bawah 18 tahun.

Nama Ethan menjadi topik bualan hangat peminat bola sepak tempatan minggu lalu apabila dikhabarkan mempunyai darah keturunan Malaysia melalui neneknya yang lahir di Selangor.

Pada aksi tersebut, Ethan diberi kepercayaan oleh pengurus pasukan, Adam Lawrence untuk mengemudi jentera serangan The Red Devils bagi merobek gawang Liverpool.

Advertisements

Tugas itu disempurnakan dengan baik oleh pemain berusia 18 tahun itu apabila mula menemui sentuhan jaringan seawal minit ke-12 permainan untuk menjadikan kedudukan 2-0.

Tiga minit selepas jaringan pertamanya itu, beliau menambah gol kedua peribadinya yang juga gol ketiga Manchester United sekaligus membuatkan Liverpool terus berduka.

Bintang muda pasukan itu melengkapkan jaringan hatriknya pada separuh masa kedua ketika permainan berusia 57 minit sebelum dibawa keluar seminit kemudian untuk digantikan oleh Gabriele Biancheri.

Advertisements

Keputusan penuh perlawanan menyaksikan Manchester United bawah 18 tahun garang membelasah Liverpool 9-1 dengan baki enam lagi gol dijaringkan oleh James Scanlon (dua gol), Ethan Williams, Gabriele Biancheri (dua gol) dan Ashton Missin.

Gol saguhati Liverpool dijaringkan oleh Joe Bradshow pada minit ke-32 namun jaringan tersebut tidak berjaya menafikan kemenangan besar The Red Devils.

Tiga gol daripada Ethan Wheatley dalam aksi ini meletakkan beliau sebagai penjaring terbanyak buat Manchester United dengan lapan gol secara keseluruhan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram