Selepas meraih kemenangan menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di pentas Liga Juara-Juara Asia (ACL) malam semalam, para pemain Kawasaki Frontale menunjukkan sikap terpuji di hadapan para penyokong pasukan pelawat.
Anak buah kendalian Toru Oniki beramai-ramai menuju ke bahagian tempat duduk penyokong JDT dan memberi tunduk hormat.
Menurut perkongsian daripada penyokong Johor Darul Ta’zim, Juan Bapakaw di laman X, Juan teruja melihat sikap yang ditunjukkan pasukan tuan rumah.
“Barisan pemain Kawasaki Frontale beri penghargaan tunduk hormat kepada penyokong JDT setelah tamat perlawanan. Amalan sebegini beri impak yang besar & kelab-kelab tempatan wajib ikut untuk tarik lebih ramai penyokong ke stadium.”
“Terima kasih & selamat maju jaya Kawasaki Frontale,” tulis Juan.
Kawasaki Frontale secara sah mengesahkan slot ke pusingan seterusnya dalam kempen Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim ini selepas muncul sebagai juara Kumpulan I.
JDT bakal menentang BG Pathum United untuk satu lagi baki aksi ACL musim ini pada 12 Disember 2023, di Stadium Sultan Ibrahim.