Pemain Liga Utama Croatia Bakal Sertai Terengganu
Transfer
NK Varazdin
Advertisements

Pemain liga utama Croatia bersama kelab NK Varazdin bakal memperkuatkan pasukan Terengganu dalam masa terdekat.

Perkara tersebut dikongsikan oleh wartawan sukan Zulhelmi Zainal Azam menerusi sebuah hantaran di laman media sosial beliau.

Marin Pilj merupakan pemain tengah buat pasukan NK Varazdin dan kini telah melakukan 18 penampilan liga.

Advertisements

Pemain berusia 28 tahun ini merekodkan 1 jaringan dan 1 bantuan gol buat pasukan tersebut dalam saingan liga Croatia.

Marin Pilj yang turut mampu bermain selaku pemain tengah menyerang dan bertahan dikhabarkan bakal memimpin jentera tengah Terengganu bersama-sama Akram Mahinan kelak.

Ketibaan Marin Pilj bakal mengisi kekosongan bahagian tengah Terengganu ekoran pemergian beberapa pemain seperti Habib Haroon, Omid Nazari, Sony Norde dan Liridon Krasniqi.

Advertisements

Pemain kelahiran Croatia pernah beraksi buat beberapa kelab di liga Croatia seperti NK Varazdin, NK Olimpija, NK Osijek dan NK Novigrad.

Marin Pilj berketinggian 1.65 meter dan dominan menggunakan kaki kanan sepanjang bermain di liga utama Croatia.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram