Dunia
Advertisements

Pemain remaja kelab Red Star Belgrade berketurunan Malaysia, Omar Raiyan baru-baru ini mendapat kejutan apabila Nike Malaysia menghantar kelengkapan sukan sempena ulang tahun kelahirannya.

104417354 266711534400878 4264926489720248735 n Pemain Malaysia Di Liga Serbia, Terima Penajaan Daripada Nike
Omar Azlan di kedutaan Malaysia di Belgrade.

Menerusi perkongsian di instagram story yang dikongsi oleh pundit bola sepak, Craig Morraies, Omar bakal menerima dua karton barangan Nike iaitu but bola Phantom GT, kasut larian Infinity, kasut Zoom Metcon, kasut Airmax 270 React dan beberapa kelengkapan sukan yang lain.

Instagram ‘story’ Craig Morraies

Omar Raiyan sebelum ini mula mendapat perhatian apabila diterima masuk ke skuad bawah 17 tahun pasukan terbesar di Liga Serbia, Red Star Belgrade. Omar merupakan pemain muda berketurunan Malaysia yang kini menetap di Serbia dan merupakan produk Manchester City Football School.

Advertisements
Laman Instagram Omar Raiyan

Pemain muda berusia 16 tahun itu kini bermain di pasukan Bawah 17 Tahun Red Star Belgrade namun dia sering dijemput berlatih bersama skuad Bawah 19 Tahun kerana kebolehannya. Omar mampu beraksi di beberapa posisi seperti pemain tengah, penyerang kanan dan juga pertahanan kiri.

Omar Raiyan di skuad U-17 Red Star Belgrade

Info tambahan :

  1. Red Star Belgrade merupakan kelab paling berjaya di Liga Serbia.
  2. Pernah menjuarai European Cup pada tahun 1991.
  3. Melahirkan ramai bintang bola sepak dunia, antaranya ialah Filip Stojkovic, Marco Grujic dan juga Luka Jovic.
  4. Memenangi 4 kejuaraan dunia dan 58 kejuaraan domestik.
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram