Persiapan para pemain Malaysia untuk berdepan dua lawan yang lebih kuat pada musim ini berterusan apabila pasukan kini melakukan kajian khas terhadap kekuatan lawan.
Harimau Malaya akan terbang ke Chengdu, China bagi menghadapi dua aksi persahabatan FIFA Tier 1 menentang tuan rumah, China dan juga Syria.
Kedua-dua pasukan kini berada pada kedudukan yang lebih tinggi berbanding skuad negara dengan China di tangga ke-80 manakal Syria di tangga ke-94 berdasarkan ranking FIFA.
Mengulas lanjut, Malaysia bagaimanapun tidak memandang rendah kemampuan Syria sungguhpun tidak pernah menentang mereka sebelum ini.
Persiapan bagaimanapun dilakukan secara berfokus dengan beberapa aspek penting ditekankan oleh ketua jurulatih, Kim Pan-gon dalam sesi latihan.
Antara perkara yang sempat dikongsikan oleh pemain naturalisasi negara, Paulo Josue adalah mengenai cara mereka mengenal pasti kekuatan lawan.
“Kami tidak pernah bermain menentang pemain Syria atau pasukan kebangsaannya.”
“Namun begitu, berdasarkan analisis daripada video yang kami lakukan, mereka kelihatan sebagai seorang pemain yang sangat fizikal, sangat pantas jadi kami harus bersedia,” ujarnya dalam sesi latihan tersebut.
Pemain berusia 35 tahun itu bagaimanapun yakin dengan kekuatan sebenar Malaysia yang membariskan pemain terbaik bagi aksi kali ini.
Aksi getir ini akan berlangsung pada 6 dan 9 September 2023 dengan kedua-duanya berlangsung di Chengdu, China.
Malaysia terlebih dahulu akan menguji kekuatan pasukan ke-94 dunia, Syria sebelum berdepan gergasi ke-80 dunia iaitu China.