Pemain Selangor Main Bermati-Matian Depan Kim Pan-gon
Dunia
Selangor FC
Advertisements

Pertembungan antara dua pasukan gergasi Liga Super, Selangor dan juga Kedah Darul Aman FC semalam menjadi perlawanan yang sangat bermakna buat pasukan tuan rumah.

Namun begitu, aksi para pemain Selangor yang beraksi dengan cukup luar biasa mendapat perhatian ramai tatkala ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon turut berada di stadium.

Kelibat jurulatih berusia 52 tahun itu yang rancak memerhatikan bakat tempatan beraksi pada perlawanan tersebut membangkitkan semangat juang cukup membanggakan.

Advertisements

Persembahan anak didik Michael Fiechtenbeiner itu seakan tidak mahu memberi ruang dan peluang buat anak didik Aidil Sharin untuk melakukan serangan ke arah gawang yang dikawal oleh Khairul Azhan.

Hal ini terbukti apabila kapten bawah 23 tahun negara itu memecahkan kebuntuan pada minit ke-26 apabila sepakan deras dari luar kotak penalti berjaya menewaskan Ilham Amirullah untuk gol pertama pasukan tuan rumah.

Percaturan untuk menggandingkan pemain tempatan dan juga pemain import Selangor dalam perlawanan tersebut ternyata membuahkan hasil apabila pemain seperti Shahrel Fikri dan juga Mukhairi bersama Htet Aung dan juga Caion ‘membunuh’ pasukan pelawat.

Advertisements

Bukan itu sahaja, kemasukan pemain sayap berpengalaman, Nor Hakim Hassan jelas menambah sengat buat jentera serangan Selangor apabila beliau berjaya mencetak gol keempat pasukan pada babak kedua.

Barisan pertahanan juga memperagakan aksi yang sangat konsisten sepanjang 90 minit dengan dua pertahanan kiri dan kanan, Quentin Cheng dan juga Fazly Mazlan selain pertahanan tengah, Sharul Nazeem kekal tenang mengawal keadaan.

Pan-gon sudah pasti mahu menilai setiap prestasi pemain tempatan dalam usaha untuk mencari formula dan gabungan terbaik buat Harimau Malaya.

Advertisements

Ujian sebenar Pan-gon adalah di kelayakan Piala Asia Jun ini dalam usaha merebut satu slot berharga untuk mara ke pusingan seterusnya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram