Pemain Terengganu Takut Ambil Sepakan Penalti?
Piala FA
Terengganu FC
Advertisements

Semalam, KL City FC berjaya layak ke final Piala FA 2023 selepas menewaskan Terengganu FC menerusi penentuan sepakan penalti. Tetapi apa yang mengecewakan jurulatih Peteh, Tomislav Steinbruckner ialah keengganan sesetengah pemain tampil menyempurnakan penalti untuk pasukan.

Jurulatih Croatia itu tidak mengerti mengapa pemain-pemain ini enggan mengambil sepakan penalti untuk satu detik yang boleh saja membawa Terengganu FC ke pentas final.

Walaupun tidak mendedahkan sebab sesetengah pemain tidak mengambil sepakan penalti, beliau percaya perasaan takut dan gementar menyumbang kepada sebab penolakan tersebut.

Advertisements

“Saya secara peribadi minta Jordan Mintah (ambil penalti), dia tidak mahu. Saya minta Faiz Nasir (ambil penalti), dia tidak mahu.

“Saya minta Hakimi (Abdullah), dia ada kelebihan sepakan guna kaki kiri, dia pun tak mahu. Anda (wartawan) tahu? Anda berikan saya jawapannya,” katanya dalam sidang media pasca-perlawanan semalam.

Dengan kekalahan ini, kini tinggal dua trofi yang menjadi buruan Terengganu FC musim ini iaitu Piala Malaysia dan Piala AFC.

Advertisements

Untuk dua saingan kejohanan ini, Steinbruckner mengharapkan pemain-pemain Penyu tampil dengan kekuatan mental yang lebih jitu bagi memastikan perkara sebegini tidak berulang lagi pada masa akan datang.

Selepas ini, Terengganu FC akan menggunakan kekecewaan tewas di separuh akhir Piala FA dengan mencipta kemenangan ke atas Kedah Darul Aman (KDA) FC dalam saingan Liga Super pada 3 Julai ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram