Pemain pertahanan Ulsan Hyundai, Myung-jae Lee seolah-olah melepaskan geramnya dengan memerli JDT yang tewas kepada Urawa Reds 0-5 di Stadium Saitama, Jepun.
Beliau seolah-olah memberikan alasan bahawa Ulsan Hyundai tewas kerana beraksi di Stadium Sultan Ibrahim sambil membebel menyebut secara merapu berkaitan Manchester United dan sebagainya.

“Larian Tuan Rumah terbaik.
“Jika ianya (perlawanan ini) dilangsungkan di Johor, kita akan kalah.
“Ah, ianya membuatkan saya marah, sesungguhnya saya sudah buat yang terbaik.
“Manchester United.
“Urawa menang 10-0, atas dan bawah.” Ujar Lee di Story Instagramnya.
Myung-jae Lee sebelum ini diturunkan dalam kedua-dua perlawanan ketika menentang JDT yang menyaksikan mereka tewas 2-1 dalam kedua-dua perlawanan.
Sebelum ini di peringkat kumpulan I Liga Juara-juara AFC, Ulsan Hyundai dua kali tewas kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) dan mereka pulang tangan kosong ke Korea.
Dalam perlawanan kalah mati ACL, JDT tewas 0-5 kepada Urawa Reds di Stadium Saitama, Jepun.