Aksi agresif yang ditampilkan oleh pemain Vietnam ke atas pemain China dalam satu aksi persahabatan akhirnya tertangkap oleh pengadil.
Perlawanan antara dua pasukan dalam kelompok 100 terbaik dunia itu mencuri tumpuan selepas China berjaya melakar kejutan.
Pasukan ke-80 dunia itu sebelum ini telah diikat oleh Malaysia dalam satu aksi persahabatan bulan September di gelanggang sendiri dengan keputusan 1-1.
Aksi Vietnam dan China bagaimanapun mencuri tumpuan selepas layangan kad merah oleh pengadil perlawanan kepada penyerang berbisa pasukan, Nguyen Tien Linh.
Pemain gantian itu menerima padah selepas cuba bertindak kasar terhadap pertahahan China, Tyias Browning dengan menyiku mukanya.
Terdapat pergaduhan kecil yang berlaku antara pemain kedua-dua pasukan sebelum berjaya dileraikan.
Pemain naturalisasi China itu bangun dan cuba membantah tindakan pemain tersebut sebelum pengadil perlawanan membuat keputusan untuk melayangkan kad merah pada minit ke-89.
Dua gol oleh Wu Lei dan Wang Qiuming mengesahkan kemenangan China sekaligus memuntu tambahan +4.48 mata FIFA.
Klip: Kad Merah Pemain Vietnam