Bekas pemain kebangsaan, Zaquan Adha akui terkejut dengan barisan pemain pasukan Perak pada musim baru ini.
Bekas pemain Negeri Sembilan ini percaya pemilihan pemain kali ini memiliki kualiti yang terbaik meskipun bukan bergelar bintang.
“Kalau ikutkan musim lepas, Perak agak tenggelam. Mungkin ada masalah pemain atau sebagainya. Tapi untuk aksi pra-musim kali ini, Saya agak terkejut dengan pemain-pemain yang dibawa masuk Perak walaupun bukan berstatus bintang,” kata Zaquan Adha di Astro Arena.
Zaquan yang kini merupakan pakar bola sepak (football pundit) di Astro Arena turut memuji prestasi terbaik yang ditampilkan Perak bagi aksi pra-musim ini.
“Tapi saya rasa dengan keputusan aksi pra-musim kali ini mungkin boleh memberi saingan yang hebat untuk musim baru ini. Saya harap momentum di awal ini dapat diteruskan pemain-pemain Perak.
Perak FC dalam aksi pra-musim 2024/2025 ini mencatatkan keputusan positif apabila berjaya menewaskan Kedah, Penang dan pasukan dari Singapura, Geylang Internationa dan Albirex Niigata. Skuad kendalian Yusri Che Lah juga beri tentangan hebat kepada Selangor.
Antara kemasukan baharu yang dibawa musim ini antaranya ialah dua pertahanan dari Brazil, Clayton dal Silveira da Silva dan Luiz Henrique Motta. Pemain import quota Asia di isi oleh Lee Tae Min berasal dari Korea Selatan beraksi diposisi sayap.
Skuad kendalian Yusri Che Lah akan memulakan perlawanan pertama musim baru ini bagi saingan Liga Super bertemu pasukan dari pantai timur, Terengganu.