Pra-Musim: Haziq Nadzli Curi Tumpuan Lagi, Gagalkan Hasrat Penang Atasi Perak
Persahabatan
Perak FC
Advertisements

Perak dan Penang hari ini turun dalam satu aksi persahabatan pra-musim di Stadium Bandaraya Pulau Pinang. 

Pasukan Penang mempertaruhkan penjaga gol muda kebangsaan, Sikh Izhan Nazrel di posisi penjaga gawang sementara Perak menurunkan penjaga gol berpengalaman, Haziq Nadzli di benteng terakhir pasukan. 

Pasukan pelawat terlebih dahulu membuka akaun jaringan menerusi kapten pasukan, Firdaus Saiyadi. Firdaus meledak pada minit ke-64 permainan untuk gol pertama Perak selepas memanfaatkan gerakan yang diatur Lee Tae-min.

Advertisements

Penang yang kerap hadir dalam serangan berbahaya gagal mencetak sebarang jaringan selepas beberapa percubaan mereka digagalkan Haziq Nadzli.

Jaringan Firdaus itu sekaligus menutup cerita dan aksi pada babak pertama perlawanan dengan keputusan 1-0 diraih Perak. 

Advertisements

Bersambung aksi di separuh masa kedua, beberapa pertukaran mula dilakukan pengendali pasukan. Ketua jurulatih Perak, Yusri Che Lah telah membawa masuk Aiman Yusni dan Luka Milunovic bagi menggantikan Syukri Baharun dan Ariff Ar-Rasyid. 

Pada minit ke-61 permainan, giliran kapten pasukan Penang mencatat nama sebagai penjaring. Rafael Vitor menanduk masuk bola ke gawang selepas menerima hantaran daripada sepakan percuma sekaligus menewaskan penjaga gol Perak, Haziq Nadzli.

Advertisements

Selepas jaringan Vitor itu terhasil, Penang terus mencuba untuk menambah jaringan. Percaturan anak buah Akmal Rizal di bahagian serangan kurang berjaya kerana ketumpulan penyudah dan disiplin benteng pertahanan pasukan Perak.

Kemasukan pemain gantian Perak, Aiman Yusni membuahkan hasil selepas hantaran pemain muda itu disempurnakan Clayton da Silveira untuk gol kemenangan pasukan pelawat. Clayton mudah menyumbat masuk gol ke gawang untuk menewaskan Sikh Izhan buat kali kedua.

Advertisements

Sebelum aksi tamat, pemain Perak, Fadhil Idris dilayangkan kad merah selepas melakukan terjahan terhasap Rahmat Makasuf. Pengadil perlawanan, Nazmi Nasarudin tidak teragak-agak untuk melayangkan kad merah kepada Fadhil Idris.

Perak berjaya mencatat kemenangan bergaya mengatasi skuad kendalian Akmal Rizal Rakhli dengan keputusan 2-1.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram