Pemilik Buriram United Hadir Ke Stadium Sultan Ibrahim
MakanBola
Buriram United

Pemilik Buriram United, Newin Chidchob hadir ke Stadium Sultan Ibrahim pada Selasa.

Buriram United bakal turun menentang JDT di laman lawan pada Rabu bagi perlawanan pertama separuh akhir Piala Shopee 2025/26.

Oleh itu, Pemilik Kelab Buriram United iaitu Newin Chidchob dilihat hadir ke Stadium Sultan Ibrahim bagi memberikan sokongan kepada kelab beliau.

Menurut wartawan Astro Arena, Fadhirul Suhaimi, pemilik Buriram United dilihat tiba ke Stadium Sultan Ibrahim bagi aksi pertama separuh akhir Piala Shopee.

“Pemilik kelab Buriram United, Newin Chidchob turut hadir ke Stadium Sultan Ibrahim menjelang aksi separuh akhir pertama ACC Shopee Cup 2025/2026 bertemu JDT pada Rabu,” kata Fadhirul Suhaimi dalam satu hantaran di laman X milik beliau.

Perlawanan JDT vs Buriram United akan berlangsung pada Rabu di Stadium Sultan Ibrahim dengan sepak mula perlawanan dijadualkan jam 8.00 malam waktu Malaysia.