Advertising
Peminat Selangor Tak Sabar Mahu ‘Bersiu’ Bersama Faisal Halim
MakanBola
Selangor FC

Penyokong pasukan Selangor meluahkan rasa rindu dan teruja untuk kembali bersorak meraikan jaringan bersama Faisal Halim yang terkenal dengan keraian ‘siu’.

Umum mengetahui mengenai insiden malang yang menimpa Faisal Halim pada Mei 2024 sehingga menyebabkan pemain sayap lincah itu terpaksa berehat sekitar hampir 3 bulan.

Ad

Setelah hampir setahun pasca insiden tersebut, Faisal kini sudah pun turun beraksi buat Selangor dan telah beberapa kali diberi kepercayaan untuk membarisi kesebelasan utama.

Ad

Malah, para peminat sendiri pernah meluahkan rasa kagum melihat kelincahan Faisal di atas padang ketika menentang Muangthong United pada November walaupun masih dalam proses pemulihan.

Menerusi tinjauan di salah satu gambar yang dimuat naik oleh Selangor FC, rata-rata penyokong tidak sabar untuk menonton aksi Faisal dan melihat keraian ‘siu’ yang sering dilakukan usai mencetak gol.

Ad

”In Shaa Allah, 2025 siu akan bergegar,” tulis salah seorang peminat, Liza Aqil Arif.

Ad

”memang (Faisal Halim) nampak lebih yakin, semoga 2025 akan lebih berjaya dan jaringkan banyak gol,” coret Ahmad Syafie.

Ad

”Ayuh Faisal Halim, bangkit jaringkan gol pada tahun baru ini,” kata Azizan Aziz di ruangan komen.

Faisal dan Selangor kini sedang dalam persiapan menjelang aksi Liga Super bertemu KL City di Stadium MBPJ pada 12 Januari ini dan perlawanan separuh akhir MFL Challenge Cup berdepan Penang.