Advertisements
Pempengaruh Terkenal Korea Selatan Marah Kim Min-jae Tergolek Jaga Faisal Halim
Harimau Malaya
MakanBola
Gamst

Pempengaruh terkenal Korea Selatan menyatakan rasa amarahnya selepas melihat pertahanan terbaik Liga Serie A, Kim Min-jae tergolek ketika cuba merantai pemain sayap Malaysia, Faisal Halim.

Pemain berusia 27 tahun itu diberi peranan khas oleh ketua jurulatih, Jurgen Klinsmann untuk mengemudi benteng terakhir Taeguk Warriors.

Hasrat itu bagaimanapun terlerai selepas Korea Selatan bolos tiga gol berdepan Harimau Malaya sekaligus menyebabkan pasukan ke-22 dunia itu hanya mengutip satu mata.

Menerusi perkongsian di laman Youtune, tular kelibat seorang penstriman langsung Korea Selatan yang memiliki dua juta pengikut kelihatan berang ketika skuad negara berjaya meledak gol pertama.

Situasi Min-jae yang tergolek itu lebih memburukkan keadaan yang menyebabkan beliau berasa berang.

“Kim, Kim, Kim, Kim. Alamak, apa yang beliau lakukan? Siuuu (turut sambut jaringan Faisal Halim). Ini sangat tidak betul.”

“Saya sangat tidak memahami keadaan ini. Ini tidak betul.”

Perasaan marah terus membara selepas melihat pertahanan Korea Selatan melakukan kesilapan dan memberikan sepakan penalti kepada Malaysia.

“Hari ini saya berasa sangat kecewa dan marah. Saya tidak mahu melihat muka mereka lagi,” ujarnya di laman Youtube miliknya.

Keputusan seri itu memberikan Harimau Malaya tambahan +12.29 mata FIFA sekaligus membantu melonjakkan kedudukan negara ke tangga 132 dunia.