Penampilan Berharga Syahrian Abimanyu di Pentas Piala Malaysia Tewaskan PJ City
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Pemain tengah pasukan Johor darul ta’zim (JDT), Syahrian Abimanyu menampilkan aksi yang cukup bertenaga ketika pasukannya menewaskan PJ City FC dengan keputusan 2-0.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim itu menyasikan beberapa pertukaran dilakukan oleh jurulatih pasukan, Benjamin Mora termasuklah di bahagian jentera tengah yang menyaksikan trio Natxo Insa, Afiq Fazail dan juga pemain muda Indonesia tersebut.

Ketenangan dan gandingan yang cukup serasi mengawal jentera tengah pasukan amat memberi kesan kepada perlawanan JDT yang lebih selesa mengawal bola dalam perlawanan itu.

Advertisements

Malah, sudut pandang yang dimiliki oleh pemain yang mesra disapa ‘Abi’ ini jelas mempunyai visi yang sangat baik untuk melorongkan bola ke barisan serangan pasukan.

Hasilnya dapat dilihat pada awal babak pertama permainan ketika pemain sayap lincah, Gonzalo Cabrerra berhasil untuk menjaringkan gol menerusi satu tendangan yang cukup cantik.

Malah, kelibat pemain berusia 21 tahun itu yang sangat rajin untuk turun membantu pasukan ketika pasukan kendalian P. Maniam melakukan serangan balas untuk memperoleh jaringan berjaya digagalkan oleh pemain bertubuh kecil ini.

Advertisements

Sungguhpun beliau hanya bermain selama 53 minit sahaja, pemain pasukan kebangsaan Indonesia ini jelas menunjukkan kematangannya untuk beraksi dalam saingan piala berprestij itu tatkala tekanan dan kemenangan menjadi misi utama setiap pasukan.

Usia yang muda bukanlah penghalang buatnya untuk memperagakan corak dan falsafah permainan yang diterapkan oleh pasukan ketika beraksi di atas padang.

Ini sekaligus memberi ruang dan petanda bahawa beliau bakal diturunkan dengan lebih kerap bagi membantu pasukan memenangi Piala Malaysia pada edisi kali ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram