Penang vs Kelantan: Aura Luar Biasa Kelantan Gagal Sekat Kemenangan Penang
MakanBola
Penang FC

Kelantan FC mempamerkan kebangkitan luar biasa namun masih tidak mencukupi untuk menyekat Penang.

Perlawanan babak pertama berlangsung dengan cukup sengit apabila pasukan pelawat terlebih dahulu berada di depan menerusi percubaan Harith Akif pada minit ke-10.

Anak didik Manzoor Azwira bagaimanapun bangkit untuk meledak tiga gol dengan pemain sayap lincah, Hadin Azman muncul watak penting.

Ad

Bekas bintang KL City ini menjaringkan gol pada minit ke-19 dan 30 sebelum pertahanan tinggi lampai, Rafael Vitor memberikan kedudukan selesa buat tuan rumah.

Ad

Kepulangan pemain sayap sensasi Indonesia, Nathanael Siringoringo memberikan sinar buat Kelantan untuk merapatkan kedudukan menerusi percubaan pada masa tambahan.

Bersambung babak kedua, The Red Warriors menunjukkan tanda-tanda kebangkitan dan memperoleh gol penyamaan sekali lagi menerusi Haritu Akilf pada minit ke-46.

Ad

Hasrat Kelantan untuk meraih mata lebur apabila pemain gantian, Ikmal Rizal meledak gol kemenangan pada minit ke-84.

Keputusan kekal sehingga wisel penamat sekaligus menyaksikan Penang meraih 3 mata penting untuk memburu kedudukan terbaik.