Advertising
Penantian Peminat Harimau Malaya Bakal Berakhir
MakanBola
Aima/MakanBola

Penantian peminat Harimau Malaya dijangka bakal berakhir tidak lama lagi.

Umum mengetahui bahawa para peminat sedang menantikan pengumuman senarai pemain yang bakal dipanggil bagi kem latihan pusat bulan Mac ini.

Ad

Skuad Harimau Malaya bakal menghadapi pasukan ke-175 dunia, Nepal bagi aksi Kelayakan Piala Asia 2027 di laman sendiri dan merupakan tugasan pertama buat pengendali baharu, Peter Cklamovski.

Ad

Jurulatih kelahiran Australia itu bakal menerajui projek revolusi Harimau Malaya seterusnya membawa pasukan kebangsaan untuk layak ke pentas Piala Asia 2027.

Cklamovski dijangka mengumumkan senarai pemain pilihannya tidak lama lagi dengan harapan besar peminat untuk melihat muka baharu membarisi panggilan kali ini.

Ad

Bukan itu sahaja, sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Harimau Malaya, Rob Friend memaklumkan bahawa terdapat usaha untuk memperkuat pasukan kebangsaan.

Ad

Proses mendapatkan pasport Malaysia untuk pemain warisan dari Belanda kini berada di peringkat akhir. Tiga lagi pemain juga dalam proses mendapatkan kerakyatan.

Ad

“Kami berharap ingin mengambil langkah yang cemerlang apabila Kelayakan Piala Asia 2027 bermula pada Mac.

“Usaha ini bagi memastikan Malaysia mempunyai pilihan yang lebih luas dengan pemain-pemain warisan ini akan meningkatkan peluang bagi aspirasi kami untuk membawa Harimau Malaya ke peringkat seterusnya,” jelasnya.

Aksi antara Malaysia vs Nepal dijadualkan berlangsung pada 25 Mac dengan venue aksi dijangka di Stadium Sultan Ibrahim.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments