Profil seorang pemain kacukan baru untuk menyertai revolusi Harimau Malaya terbongkar.
Usaha memastikan Harimau Malaya bermula cemerlang sedang giat dijalankan selepas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) skuad kebangsaan, Rob Friend mengesahkan perkara tersebut.
“Proses mendapatkan pasport Malaysia untuk pemain warisan dari Belanda kini berada di peringkat akhir. Tiga lagi pemain juga dalam proses mendapatkan kerakyatan.
“Kami berharap ingin mengambil langkah yang cemerlang apabila Kelayakan Piala Asia 2027 bermula pada Mac.
“Ini bagi memastikan pasukan kebangsaan mempunyai pilihan yang lebih luas dengan pemain-pemain warisan ini akan meningkatkan peluang bagi aspirasi kami untuk membawa Harimau Malaya ke peringkat seterusnya,” ujarnya kepada FA Malaysia.
Identiti mengenai pemain ini mula bertiup kencang selepas didakwa seorang pemain kelas Eropah bakal memperkuat pasukan kebangsaan.
Pemain ini beraksi dalam satu liga tertinggi di Eropah selain pernah berkelana di Sepanyol bersama kelab terkemuka di sana.
Tonggak kental ini memiliki pengalaman luas beraksi di Eropah dan bakal menjadi nilai tambah yang cukup besar sekiranya menyertai Harimau Malaya.
Beliau dikesan memiliki pertalian darah dengan Malaysi sekaligus membolehkannya untuk beraksi buat pasukan kebangsaan.
Setakat ini, masih tiada pengesahan rasmi daripada FAM mengenai usaha untuk memuktamadkan pemain ini seawal Mac menjelang aksi Kelayakan Piala Asia 2027.