Pendedahan Eksklusif Hector Hevel, Bukti Tak Main-Main
MakanBola
Malaysia NT

Pemain tengah warisan Harimau Malaya, Hector Hevel melakukan pendedahan eksklusif berhubung status kerakyatannya.

Tonggak berusia 29 tahun itu kali pertama membantu pasukan kebangsaan adalah ketika mencatatkan kemenangan 2-0 menentang pasukan ke-175 dunia, Nepal pada aksi pertama Kumpulan F, Pusingan Kelayakan Akhir Piala Asia 2027.

Skuad negara terus menerima tambahan pemain baharu dengan 5 tonggak warisan bakal membantu Harimau Malaya menghadapi cabaran Vietnam, 10 Jun ini.

Hevel menerusi satu kenyataan kepada media baru-baru ini mendedahkan bahawa beliau bakal menyarung jersi jaguh Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi musim 2025/26.

“Ya, benar saya akan menyertai JDT bagi musim hadapan,” katanya.

Beliau juga mendedahkan mengenai susur galur keturunannya yang sememangnya memiliki darah Malaysia menerusi datuknya.

“Ya, datuk saya berasal dari Melaka,” kata pemain tengah Portimonense itu.

Kedatangan beliau menjadi momen kedua beraksi di Asia selepas pernah beraksi di China dengan mewakili kelab Guangxi Pingguo.

Malaysia diperkuat dengan kehadiran 5 lagi tonggak warisan baharu menjelang pertemuan menentang Vietnam pada 10 Jun ini di Stadium Nasional, Bukit Jalil.