Pendekatan Latihan Terengganu Kini Berubah
Liga Super
Terengganu FC
Advertisements

Pengendali Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner dilihat mengubah pendekatan latihan pra-musim pasukan itu untuk musim 2024-2025.

Ini berdasarkan pemerhatian yang dibuat wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam semasa meninjau sesi latihan skuad Peteh semalam.

Steinbruckner dilihat bukan saja mengekalkan fokus dari segi kecergasan fizikal pemain. Malah, pengendali Croatia itu turut mahukan para pemain memahami falsafah permainan yang cuba dibawanya.

Advertisements

Hal ini penting memandangkan pasukan itu memiliki ramai pemain baru seperti Ismaheel Akinade, Safawi Rasid, Akhyar Rashid, Akram Mahinan dan Matthew Steenvorden.

“Apa yang difokuskan oleh Tomislav Steinbruckner sudah pasti aspek kecergasan fizikal (dan) bagaimana pemain-pemain mahu memahami falsafah permainan dan pendekatan yang cuba dilakukan.

“Mengikut pemerhatian saya dalam sesi latihan tadi, Steinbruckner bukan saja menekankan aspek stamina dan kecergasan. (Beliau juga) turut menggunakan sesi latihan dua bahagian menggunakan bola.

Advertisements

“Jadi, dengan perkara itu, Steinbruckner mahu cuba menyerlahkan apa yang ingin dilakukan bersama pemain-pemain Terengganu musim ini termasuk pemain-pemain baru memahami kemahuan yang diperlukan untuk saingan musim ini,” katanya kepada pembaca berita Nadi Arena, Akbar Sahari dan Suzana Basir semalam.

Sesi pra-musim merupakan sebahagian daripada persiapan Terengganu bagi mendepani musim baru Liga Super yang bermula pada Mei ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram