Selepas Manchester United mengesahkan kejuaraan Piala FA 2023/24 menewaskan Manchester City bermakna Chelsea terlepas slot ke UEFA Europe League (UEL). Mengapa?
Menurut peraturan yang ditetapkan oleh Liga Perdana Inggeris, 7 pasukan akan beraksi di UEFA Europe Competition bagi musim hadapan.
Empat pasukan terbaik Liga akan bertanding dalam kejohanan UEFA Champions League. Antaranya ialah Manchester City (Juara) disusuli Arsenal, Aston Villa dan Liverpool.
Spurs menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris di kedudukan ke-5 Liga sekaligus mengesahkan aksi di UEL musim hadapan.
Juara Piala FA 2023/24 akan diberi slot ke UEL secara automatik. Oleh sebab itu, Manchester United berjaya mendapatkan slot tersebut.
Hal ini kerana Man City tidak memerlukan slot itu kerana mereka telah pun mengesahkan kelayakan ke Liga Juara-Juara.
Nasib kurang baik buat Chelsea walaupun berjaya mendaki hingga tangga ke-6 Liga, slot tambahan (ke-7) menjadi milik mereka iaitu aksi UEFA Conference League (UECL).
Sebelum ini, Newcastle United turut mempunyai peluang untuk beraksi di UECL kerana menamatkan saingan di tangga ke-7 Liga.
Namun, angkara Manchester United juga skuad kendalian Eddie Howe terpaksa melupakan aksi Eropah musim hadapan.
Manchester United menarik lafas lega apabila berjaya mengesahkan slot ke kejohanan Eropah musim hadapan meskipun menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris ditangga ke-8.