Aksi Pengadil Kena ‘Ligan’ Dalam Perlawanan Sarawak United – Negeri Sembilan
Liga Premier
Twitter @zulhelmizainal1
Advertisements

Sejurus tamat perlawanan kelihatan sekumpulan pemain dan pegawai Sarawak United mengejar pengadil dipercayai kerana kurang berpuas hati dengan keputusan pengadil semasa perlawanan berlangsung.

Perasaan tidak puas hati ini dipercayai terjadi dipercayai kerana keputusan pengadil melayangkan kad merah kepada penjaga gawang Sarawak United, Sharbinee Allawee.

Penalti yang diberikan pengadil pada minit ke-65 itu bagaimanapun gagal dimanfaatkan Negeri Sembilan apabila sepakan Francis Kone gagal menerjah jaring.

Advertisements

Pada masa kecederaan separuh masa ke-2, Francis Kone bagaimanapun menjadi wira buat pasukan Negeri Sembilan selepas berjaya menjaringkan gol sekaligus memberikan 3 mata penuh buat pasukannya.

Beliau bagaimanapun diberikan kad kuning kedua dan diarah keluar padang namun ianya sudah terlambat buat pasukan Sarawak United untuk memggunakan kelebihan tersebut mencari jaringan penyamaan.

Pemerhati bola sepak bagaimanapun menyifatkan kad merah diterima Sharbinee Allawee adalah keputusan tepat pengadil kerana ianya berbahaya dan boleh mengundah kecederaan serius kepada pemain lawan.

Advertisements
https://twitter.com/theltboss/status/1436359753077178372

Walaubagaimanapun, menurut wartawan Zulhelmi Zainal, punca utama pengadil diserang adalah disebabkan Francis Kone menyiku pemain Sarawak United hingga berdarah semasa menjaringkan gol kemenangan.

“Punca pengadil diserang. Sarawak United mendakwa pemainnya disiku penyerang Negeri Sembilan Francis Kone ketika melakukan jaringan kemenangan di lewat permainan..”

Kemenangan Negeri Sembilan ini memberikan peluang cerah buat pasukan tersebut menjuarai Liga Premier 2021.

Advertisements

Negeri Sembilan dan Sarawak United telahpun layak ke saingan Liga Super untuk musim baharu 20222.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram