Advertisement
“Pengalaman Luas Natxo Insa Suntik Kualiti Harimau Malaya” – Stuart Wilkin
Harimau Malaya
MakanBola
FA Malaysia & Azri/Makanbola

Pengalaman luas Natxo Insa mampu suntik kualiti Malaysia di Piala Asia kelak menurut perkongsian pemain tengah Harimau Malaya, Stuart Wilkin.

Malah Stuart melihat kehadiran pemain berusia 37 tahun itu sebagai tonik tambahan dan bukan ancaman terhadap posisi beliau.

“Malaysia memiliki ramai pemain tengah berbakat terutamanya mereka yang telah terpilih kali ini. Pengalaman Natxo Insa dan juga kualiti hebat beliau pastinya memberikan bantuan tambahan buat pasukan Malaysia.”

“Setiap pemain tengah yang dibawa mampu bermain dan kami sentiasa memberikan semangat antara satu sama lain untuk berusaha menjadi yang terbaik.” ujar Stuart kepada pihak media.

Natxo Insa telah mengharungi karier bola sepak di eropah lebih 10 tahun sebelum menyertai JDT pada tahun 2017.

Pemain tengah ini turut sempat bermain untuk kelab-kelab hebat Sepanyol seperti Valencia, Real Zaragoza dan juga Levante.

Stuart Brendan FA Malaysia "Pengalaman Luas Natxo Insa Suntik Kualiti Harimau Malaya" - Stuart Wilkin

Stuart Wilkin juga berkongsikan perasaan beliau apabila pasukan Malaysia bakal menerima tentangan Jordan, Bahrain dan Korea Selatan kelak.

“Saya teruja. Kami berpeluang menguji kemampuan kami menentang lawan yang berbeza kali ini.” tambahnya.

Selain Stuart, jurulatih Kim Pan-gon turut menyenaraikan Endrick Dos Santos, Syamer Kutty Abba, Brendan Gan, Afiq Fazail dan Natxo Insa selaku pemain tengah dalam senarai 26 pemain untuk Piala Asia 2023.

Stuart sebelum ini membantu pasukan Sabah mara ke peringkat separuh akhir zon ASEAN Piala AFC dimana beliau telah menyumbang 1 gol dalam kejohanan tersebut.