Penganalisis Misteri Dari Eropah Terpegun Dengan Arif Aiman
Dunia
ekrass42
Advertisements

Seorang pakar analisis ‘misteri’ dari Eropah dikesan telah melakukan satu risikan khas terhadap pemain muda sensasi negara, Arif Aiman.

Pemain berusia 20 tahun ini kini menjadi watak penting buat pasukan Harimau Selatan sejak dua musim kebelakangan ini.

Beliau yang turut merangkul Anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) musim lalu jelas berada dalam kelas tersendiri sungguhpun pada usia yang muda.

Advertisements

Baru-baru ini, nama Arif secara tiba-tiba menjadi bualan hangat di media sosial susulan analisis yang telah dilakukan oleh seorang individu yang tidak dikenali.

Beliau dilihat telah membuat satu untaian untuk mengenal pasti kemampuan sebenar pemain kelahiran Maran, Pahang itu pada posisi yang dimainkan oleh beliau.

Advertisements

Nama Arif diletakkan sebaris dengan nama-nama pemain berkelas dunia seperti Marco Pasalic apabila individu tersebut mahu membandingkan kemampuannya bersama pemain lain.

Ini juga memperlihatkan kualiti beliau bersama pemain yang beraksi bersama juara Ligue 2, Troyes.

Advertisements

Beliau mahu mengenal pasti individu yang sesuai untuk mengisi peranan pemain sayap buat pasukan tersebut apabila pasukan itu mencatatkan jumlah hantaran lintang paling banyak dalam setiap perlawanan (18.31).

Beliau juga telah menyenaraikan beberapa nama pemain yang sudah pun menunjukkan peningkatan positif pada sesetengah posisi yang dimainkan.

Advertisements

Arif dikatakan telah berjaya menjadi antara salah seorang pemain yang beraksi dengan cukup baik terutamanya pada pentas Asia (ACL) bersama JDT.

Kemampuan Arif dinilai berdasarkan kualiti yang telah dimiliki oleh pemain ini secara sedia ada dan juga bahagian yang masih boleh ditambah baik dalam permainannya.

Perlawanan menentang Ulsan Hyundai dalam aksi ACL ini menjadi kayu ukur sebenar untuk melihat apa yang boleh dilakukan oleh beliau dalam perlawanan berintensiti tinggi seperti ini.

Klip berdurasi sekitar 2 minit itu memaparkan kebolehan sebenar pemain bertubuh kecil untuk menewaskan barisan pertahanan terbaik di Asia menerusi gelecekan dan juga keupayaan beliau untuk menewaskan pemain secara 1 lawan 1.

Ini juga telah membuka mata dunia tentang kemampuan sebenar bintang muda sensasi Malaysia ini untuk terus mengorak langkah bagi mengembangkan lagi kariernya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram