Pengendali Bali United Mahu Penyokong Bagi Tekanan Kepada Pemain Kedah
Dunia
Bali United
Advertisements

Perang psikologi sudah bermula menjelang aksi panas kumpulan G Piala AFC yang menemukan kelab Indonesia, Bali United menentang wakil Malaysia, Kedah Darul Aman FC (KDA FC).

Jurulatih Bali United, Stefano Cugurra berasa teruja untuk melalui saingan Piala AFC ini di stadium sendiri dengan kehadiran ribuan penyokong. Beliau juga berharap para penyokong dapat memberikan tekanan kepada pemain Kedah ketika mana pemain Kedah dalam penguasaan bola.

“Sangat teruja dapat beraksi dalam pertandingan (Piala AFC) ini. Dan perkara yang terbaik esok (24 Jun) adalah kami beraksi di rumah kami sendiri iaitu di Bali. Para penyokong kami juga akan hadir menyokong kami.

Advertisements

“Dua tahun kami beraksi tanpa kehadiran penyokong kami. Kami tahu perkara terbaik dalam bola sepak adalah melihat stadium dipenuhi penyokong. Saya merasakan stadium akan penuh esok dengan para penyokong yang akan memberikan semangat kepada para pemain Bali United dan memberikan tekanan ketika pemain Kedah menguasai bola,” jelas Cugurra di laman rasmi Bali United.

Jurulatih dari Brazil ini menjanjikan aksi terbaik dari anak buahnya dan beliau hanya mempunyai satu sasaran dalam perlawanan menentang Kedah iaitu kemenangan.

“Saya berharap esok kami dapat menampilkan aksi berkualiti demi para penyokong yang hadir dan berjaya mencatatkan kemenangan,” laung jurulatih yang lebih dikenali dengan nama Teco itu.

Advertisements

Selepas bertemu Kedah esok, pasukan Bali United akan menentang pasukan dari Kemboja, Visakha FC pada 27 Jun sebelum mengakhiri aksi kumpulan dengan menentang wakil dari Filipina, Kaya FC pada 30 Jun. Manakala buat Kedah, mereka akan bertemu Kaya FC pada 27 Jun sebelum mengakhiri aksi kumpulan bertemu Visakha FC pada 30 Jun.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram