Pengendali Ulsan Hyundai Ngeri Lihat Bisa Duo JDT, Bergson Dan Forestieri
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Gandingan dua penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson Da Silva dan Fernando Forestieri dianggap sebagai ancaman paling merbahaya buat Ulsan Hyundai apabila kedua-dua pasukan itu bakal bertemu dalam aksi kedua Kumpulan I, Liga Juara-Juara Asia esok.

Pengendali Ulsan Hyundai, Hong Myung Bo sudah mengarahkan anak buahnya untuk merantai pergerakan duo serangan JDT ini dan memberikan tumpuan sepenuhnya dalam aksi esok.

“Kami perlu memberi tumpuan kepada bahagian serangan (JDT) terutama duo serangan mereka (Bergson dan Forestieri) yang kini berada di prestasi terbaik apabila berjaya menjaringkan gol pada perlawanan pertama.

Advertisements

Selain itu, Myung Bo juga menganggap Bergson mempunyai kelebihan kerana pernah beraksi di Korea sebelum ini dan pastinya beliau tahu corak permainan yang dimainkan di Liga Korea.

“Kedua-duanya saya lihat mempunyai kombinasi terbaik yang akan menjadi ancaman kepada barisan pertahanan kami. Malah pemain kelahiran Brazil, Bergson itu juga sebelum ini pernah bermain di Liga Korea yang saya fikir akan menjadi kelebihan dirinya.

“Jadi saya berharap, pasukan terutama barisan pertahanan memberi fokus kepada dua pemain tersebut kerana mereka akan menjadi ancaman untuk kami mengutip tiga mata nanti,” katanya kepada pihak Sukan Sinar sebentar tadi.

Advertisements

Mengulas mengenai keputusan seri pada perlawanan pertama menentang Kawasaki Frontale, Myung Bo menganggap anak buahnya sudah melakukan yang terbaik dalam perlawanan tersebut.

“Kami kecewa dengan keputusan itu kerana pasukan membiarkan mereka dibolosi pada minit-minit akhir perlawanan. Tetapi mereka beraksi dengan baik. Jadi, sudah cukup untuk memuaskan hati saya,” katanya.



Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram