Penyerang Berbisa Bahrain Kagum Dengan Kehebatan Bekas Pemain JDT
Dunia
Abdulla Yusuf Helal
Advertisements

Penyerang berbisa pasukan kebangsaan Bahrain, Abdulla Yusuf Helal nyata terkejut dengan kemampuan bekas pemain JDT, Syahrian Abimanyu yang pada pengamatan beliau sebagai seorang pemain yang berkualiti.

Selain Syahrian, seorang lagi pemain yang dianggap sebagai seorang pemain yang berkualiti adalah Resky Fandi.

“Saya melihat ramai pemain Indonesia yang bagus di Persija seperti Syahrian Abimanyu dan Resky Fandi,” ujarnya di laman web Persija Jakarta.

Advertisements

Syahrian Abimanyu bukanlah nama yang asing dalam arena bola sepak negara apabila pernah menyarung jersi kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) namun begitu jodoh beliau bersama JDT hanya bertahan setahun saja.

Dalam tempoh setahun bersama JDT, Abimanyu telah dipinjamkan kepada kelab Australia, Newcastle Jets bersama-sama seorang lagi pemain JDT, Liridon Krasniqi.

Abdulla Yusuf merupakan pemain baharu yang menyertai pasukan gergasi Indonesia, Persija Jakarta. Persija dilihat berbelanja besar demi menghadapi musim baharu Liga 1 Indonesia namun mereka tewas di aksi pembukaan kepada juara liga musim lalu, Bali United.

Advertisements

Penyerang Bahrain ini juga telah menghampakan Malaysia dalam aksi Kelayakan Piala Asia 2023 di Bukit Jalil apabila beliau telah menjaringkan gol kemenangan sekaligus menewaskan Malaysia 2-1.

“Saya hanya mahu bekerja sekeras mungkin agar saya mampu beraksi pada 31 Julai ini (menentang Persis Solo),” jelas Abdulla Yusuf.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram