Dunia
Advertisements

Perebutan juara Premier League kini semakin hangat namun apa yang lebih menarik ketika ini ialah prestasi hebat para penyerang berdarah England. Masih berbaki 12 perlawanan, namun carta gol paling banyak kini didominasi oleh para penyerang berdarah England.

Dalam carta penjaring gol terbanyak Premier League terkini, seramai 6 pemain berdarah England berada dalam kedudukan 10 teratas. Ini adalah satu perkara baik buat pasukan kebangsaan England.

hk Penyerang England Mula Tunjuk Taring di Premier League
Harry Kane

Walaupun kedudukan penjaring gol terbanyak kini diungguli oleh Mohamed Salah (17 gol), perbezaan gol buat pemain lain hanyalah sedikit. Penyerang England, Harry Kane berada di tempat ketiga dengan 14 gol dibelakang Bruno Fernades yang memiliki 15 jaringan gol.

Advertisements

Bekas penyerang Chelsea yang kini bersama Leeds United, Patrick Bamford pula berkongsi jumlah gol yang sama sebanyak 13 gol bersama dua orang lagi pemain iaitu Dominic Calvert-Lewin dan Son Heung Min. Prestasi cemerlang bamford dan Calvert-Lewin ketika ini memberi peluang cerah buat mereka untuk beraksi buat pasukan kebangsaan England.

Di tangga ke-7, Jamie Vardy berjaya menjaringkan 12 gol setakat ini walaupun sudah berusia 34 tahun. Walau bagaimanapun, Vardy telah bersara dari menyarung jersi The Three Lions pada tahun 2018.

Selain itu, Ollie Watkins dan Callum Wilson juga berjaya berada di kududukan ke-9 dan ke-10 penjaring terbanyak Premier league dengan berkongsi 10 gol.

Advertisements
Ollie Watkins

6 pemain berdarah England di atas berjaya berada di kedudukan 10 teratas penjaring terbanyak. Kini berbaki 12 perlawanan, para penyerang ini masih boleh menambah jaringan mereka untuk memenangi Golden Boots Premier League 2020-2021.

Selain daripada kedudukan 10 teratas, dua lagi penyerang England yang berada di tempat ke-11 ialah Marcus Rashford dan Raheem Sterling dengan berkongsi 9 gol.

Melihat kepada lambakan penyerang England yang mengungguli carta penjaring terbanyak, sudah pasti akan memeningkan pengurus England, Gareth Southgate untuk membuat pilihan sewaktu panggilan antarabangsa nanti.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram