Penyerang Ghana Meninggal Dunia Setelah Pengsan Ketika Bermain
Dunia
Ghana FA
Advertisements

Bola sepak dunia berduka apabila bekas penyerang Levante dan Ghana, Raphael Dwamena meninggal dunia setelah pengsan sewaktu bermain dalam perlawanan KF Egnatia menentang Partizani Tirana.

Dwamena mengalami kejadian jantung terhenti (cardiac arrest) dan pengsan sewaktu memasuki minit ke-23 permainan.

Penyerang itu dirawat oleh pasukan medik dan kemudiannya dibawa ke hospital yang berdekatan di Kavaja namun beliau meninggal dunia setelah sampai dihospital ekoran mengalami jantung terhenti lagi sekali ketika dalam perjalanan ke hospital.

Advertisements

Perlawanan dengan jaringan 1-1 itu terpaksa ditangguhkan atas insiden serius yang menimpa penyerang KF Egnatia.

Penyerang berusia 28 tahun itu pernah mempunyai sejarah masalah jantung apabila pernah pengsan dalam aksi Piala Austria 2021 menurut laporan Sport Bible.

Dwamena merupakan penjaring terbanyak liga Albania ketika ini dengan 9 jaringan dalam 8 perlawanan.

Advertisements

Penyerang kelahiran Ghana itu turut pernah bermain di La Liga untuk pasukan Levante dan Real Zaragoza dari tahun 2018 sehingga 2020.

Malah Dwamena turut pernah bermain untuk negar Ghana pada tahun 2017 dan 2018 dimana beliau bermain sebanyak 8 kali dan berjaya menjaringkan 2 gol untuk negaranya.

Bekas pasukan, Levante dan juga Persatuan Bola Sepak Ghana turut mengucapkan takziah atas pemergian Raphael Dwamena.

Advertisements

Ekoran insiden tersebut, liga Albania memutuskan untuk menangguhkan semua aksi liga bola sepak pada minggu ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram