Penyerang PDRM, Bruno Suzuki Peluk Islam
Inspirasi
PDRM FC
Advertisements

Penyerang PDRM FC berdarah Brazil-Jepun, Bruno Suzuki kini sah bergelar seorang Muslim hari ini.

Ini selepas perkara ini dikongsikan oleh akaun media sosial rasmi PDRM FC. Beliau telah melafazkan dua kalimah syahadah di Masjid PULAPOL, Kuala Lumpur awal pagi ini di hadapan Ustaz Arif M. Rajoli.

Ia turut disaksikan oleh YDH SAC Noor Hisam Nordin, Komandan PULAPOL KL, YDH SUPT. Razali Mohamed Shahid, Timbalan Komandan (Kepolisan AM) PULAPOL KL, barisan pengurusan, jurulatih dan pemain PDRM FC.

Advertisements

Sebaik selesai, para hadirin mengucapkan tahniah kepada Suzuki sebelum memeluknya sebagai tanda persaudaraan yang sedia terjalin kini semakin erat.

Bekas pemain remaja Gamba Osaka itu merupakan sebahagian daripada sembilan awang import yang digunakan Sang Saka Biru dalam saingan Liga Super musim ini.

Mengikut statistik Transfermarkt, Suzuki merekodkan 18 penampilan dalam liga dan menyumbat empat gol untuk musim 2023.

Advertisements

Sebaik dikongsikan pentadbir PDRM FC di media sosial, di ruang komen, ramai mengucapkan tahniah kepada beliau dan mendoakan semoga penyerang berusia 33 tahun itu sentiasa mendapat rahmat Allah s.w.t.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram