Penyokong China Masih Marah, Dakwa Dion Cools Lupa Asal Usul
ACL
FA Malaysia
Advertisements

Penyokong China dilihat masih menyimpan perasaan marah terhadap Dion Cools selepas membuat keputusan untuk tidak mewakili pasukan kebangsaan China selepas memilih untuk bersama Malaysia.

Pemain berusia 27 tahun itu menjadi duri dalam daging buat China apabila membantu Harimau Malaya mengikat pasukan ke-79 dunia itu dengan keputusan 1-1 pada bulan September lalu.

Skuad bimbingan Aleksandar Janković terus mengharungi tempoh yang mencabar apabila mencata satu kemenangan dan satu kekalahan dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2026.

Advertisements

Baca Lain: Dion Cools Boleh Wakili China

Sebelum ini, sebuah media di China, Sports Vision 2050 memberitahu bahawa bekas bintang Club Brugge itu pernah dirisik oleh sebuah kelab di China dengan tawaran hebat.

Cools didakwa pernah berada dalam radar kelab China, Jiangsu Suning untuk dibawa beraksi di CSL menerusi satu pakej naturalisasi.

Advertisements

Kemarahan itu semakin membara apabila bekas bintang Club Brugge itu membantu Buriram United untuk menewaskan Zheijang 3-1.

Terdapat pergaduhan antara kedua-dua pasukan dengan kapten Malaysia ini dilihat turut terlibat sungguhpun beliau cuba untuk mengawal keadaan tegang.

Hal ini mengundang kemarahan penyokong China yang melihat tindakan Cools kepada pemain Zheijang dalam. keadaan tersebut.

Advertisements

“Pasukan kebangsaan China tidak menyokong anda. Awak terlalu tinggikan diri awak. Peminat lain menyatakan kebimbangan dengan menganggap bahawa melupakan asal usul seseorang, Cools, adalah jalan berbahaya kepada kemusnahan diri, ” ujarnya menurut portal China, Sohu.

Kecemerlangan Cools sudah pasti memberi impak yang besar kepada Malaysia dan Buriram United yang kini berada pada landasan yang tepat untuk mengecapi lebih banyak kejayaan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram