Dion Cools Cipta Rekod Pemain Malaysia Paling Berjaya Di Luar Negara
Asia Tenggara
Buriram United
Advertisements

Kejayaan menjulang Thai League 1 bersama Buriram United semalam membantu Dion Cools mencipta sejarah tersendiri. Kejayaan tersebut menjadikan beliau pemain Malaysia yang berpangkalan di luar negara paling banyak menjulang gelaran liga dengan empat gelaran.

Hal ini dikongsikan oleh pengguna Twitter, Lee Seng Foo bila melihat rekod yang dimiliki bek tengah kebangsaan berdarah Belgium-Malaysia itu sebelum berpindah ke Thunder Castle pada Januari lepas.

Dengan rekod dua kejuaraan liga bersama kelab Belgium, Club Brugge, satu gelaran liga bersama FC Midtjylland di Denmark dan yang terbaru semalam, Cools memintas rekod tiga kejuaraan liga yang dipegang duo penjaga gol legenda negara, mendiang Chow Chee Keong dan Wong Kam Fook.

Advertisements

Chee Keong meraih tiga gelaran Hong Kong First Division League semasa bersama kelab Hong Kong, South China untuk musim 1971-1972, 1973-1974 dan 1977-1978. Selain menjulang tiga gelaran liga, beliau juga pernah meraih Hong Kong Senior Challenge Shield.

Kam Fook juga merupakan sebahagian daripada kelab eksklusif ini. Beliau menjulang gelaran liga Hong Kong First Division League musim 1975-1976 dengan South China dan Seiko untuk musim 1981-1982 dan 1982-1983.

Advertisements

Sekiranya berjaya membantu Buriram melakar pencapaian treble dengan menjulang Thai FA Cup dan Thai League Cup, ini akan menjadikan Cools pemain Malaysia berpangkalan di luar negara paling berjaya dalam sejarah.

Begitupun, Seng Foo tidak melihat Cools berupaya memintas dua pemain yang memenangi gelaran liga paling banyak di negara berbeza. Ketika ini, rekod tersebut dipegang oleh duo bekas bintang Liga Perdana Inggeris (EPL), Mateja Kezman (Serbia) dan Robinho (Brazil) dengan masing-masing memegang rekod lima kejuaraan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram