Advertising
Penyokong Indonesia Berang Dengan Tindakan Memalukan Ketum PSSI
MakanBola
Indosiar

Penyokong Timnas Indonesia kelihatan tidak berpuas hati dengan tindakan ketum PSSI yang bertindak untuk ‘mendahului’ kapten pasukan bagi menjulang Piala AFF semalam.

Seperti yang sedia maklum, Timnas Indonesia bawah 16 tahun berjaya melakar kejutan apabila menjuarai Piala AFF b-16 selepas menewaskan Vietnam pada final yang berlangsung semalam.

Walau bagaimanapun, para penyokong setia mereka jelas berang dengan tindakan Mochamad Iriawan yang dianggap mengacay keraian tersebut.

Ad

Kebiasaannya, setiap pemenang mana-mana kejohanan akan memberikan trofi kepada kapten pasukan yang bakal menjulangnya bersama rakan sepasukan yang lain.

Ad

Namun begitu, kejadian semalam ini mencetuskan kemarahan penyokong Indonesia.

“Kebiasaannya, piala itu diangkat oleh kapten pasukan, bukan ketua PSSI, bukan Kemenpora dan bukan orang lain.”

Ad
Ad

“Kalian ini memalukan sumpah!” jelas Miduk dengan nada yang agak marah.

Ad

Bukan itu sahaja, tindakan itu juga dianggap tidak menghormati penat lelah dan juga titik peluh perjuangan pasukan muda Indonesia ini.

“Yang harus dihargai itu para pemain yang sudah berpenat lelah berjuang buat Indonesia,” ulas Ahmed Dermawan di laman Twitter beliau.

Timnas Muda Indonesia berjaya melakar sejarah apabila gol tunggal yang dijaringkan oleh Kafiatur Rizky pada masa tambahan separuh masa pertama mengesahkan kejuaraan milik mereka.