Penyokong JDT Berpeluang Sambar Tiket Final Piala FA Daripada Penyokong KL City
Piala FA
Johor Southern Tigers
Advertisements

Kepada penyokong pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang masih belum membeli tiket final Piala FA 22 yang berlangsung 22 Julai ini, mereka berpeluang untuk membeli tiket tersebut pada 2 petang hari ini (17 Julai).

Lebihan tiket final Piala FA itu berlaku kerana Malaysian Football League (MFL) telah menerima semula sebahagian tiket yang berkemungkinan tidak habis dijual oleh KL City.

“Malaysian Football League (MFL) memaklumkan telah menerima semula sebahagian tiket perlawanan akhir Piala FA 2023 yang berkemungkinan tidak habis dijual oleh Kuala Lumpur (KL) City FC.

Advertisements

“Tiket yang diserahkan semula oleh KL City itu akan dijual kepada penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) seperti yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pasukan menerusi hebahan media yang dikeluarkan pihak MFL sebelum ini.

“Bagaimanapun, penyokong KL City masih boleh membeli tiket aksi final itu yang masih ada diperuntukkan buat mereka,” jelas MFL di laman sosial Facebook mereka.

Advertisements

Hasil tinjauan di laman sosial JDT, mereka sudah pun menghebahkan mengenai jualan tiket tambahan buat penyokong JDT yang mula dijual pada 2 petang. Bagi tujuan pembelian, mereka boleh ke laman web Ticket Hotline.

Sebelum ini, JDT telah mengumumkan bahawa peruntukan tiket buat penyokong mereka sudah pun habis dijual. Dengan adanya tambahan tiket buat penyokong JDT, sudah tentu lautan merah biru akan membanjiri Stadium Sultan Ibrahim pada 22 Julai ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram