Penyokong Kedah Tak Suka Sanusi Bertengkar Dengan TMJ
Dunia
hrhcrownprinceofjohor / muhammadsanusimdnor_official
Advertisements

Sesi dialog di antara kelab penyokong, pengurusan, jurulatih dan pemain pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) telah dilangsungkan secara tertutup pada 14 Ogos yang lepas.

Sesi dialog tersebut berlangsung dengan jayanya dan beberapa isu dalam pasukan telah dibincangkan demi menyampaikan kepada penyokong Kedah mengenai apa yang terjadi yang membuatkan prestasi tidak menentu pasukan Hijau Kuning itu musim ini.

Melalui tinjauan di laman Facebook salah satu kelab penyokong Kedah iaitu, Kedahan Green Yellow, mereka mendedahkan salah satu isu yang dibincangkan pada sesi dialog tersebut adalah berkenaan perang di antara Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Dato’ Seri Sanusi Md Nor dan pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim atau lebih dikenali dengan gelaran TMJ.

Advertisements

Penyokong Kedah berasa marah dengan apa yang berlaku di antara Sanusi dan TMJ. Kerana bagi mereka, pertengkaran itu merupakan sesuatu yang amat merugikan. Adalah lebih baik untuk menumpukan perhatian kepada pasukan sendiri.

“Masuk bab presiden KFA dan TMJ. Penyokong agak marah dengan benda tu. Merugikan kelab dan tak membawa manfaat kepada kelab. Sepatutnya lebih baik tumpu pada pembangunan kelab sendiri,” tegas Kedahan Green Yellow dalam muat naik di Facebook mereka.

Dalam pada itu, pengurusan pasukan Kedah juga berkongsi mengenai perkembangan pasukan Bawah 23 yang akan beraksi di Liga Simpanan pada musim hadapan. Bagi pihak pengurusan ianya merupakan sesuatu yang baik untuk pemain dari skuad Piala Presiden yang gagal dipilih ke skuad senior dan penubuhan pasukan itu masih dalam proses.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram