Penyokong Newcastle Jets Bengang
Dunia
Advertisements

Liridon Krasniqi yang sebelum ini berjaya memberikan impak positif kepada corak permainan Newcastle Jets diberikan tepukan gemuruh apabila dimasukkan pada minit ke-74 menggantikan Valentino Yuel.

Newcastle jets bermula dengan langkah kanan menerusi jaringan awal Apostolos Stamatelopoulos pada minit ke-18 sebelum Melbourne Victory menyamakan kedudukan pada minit ke-48 separuh masa kedua menerusi jaringan Dylan Ryan.

Lleyton Brooks menambah derita Newcastle Jets apabila berjaya menjaringkan gol penting pada minit ke-79.

Advertisements

Perlawanan kekal dengan Newcastlet Jets mencatat kekalahan ke-7 berturut-turut apabila tewas 1-2 berhadapan Melbourne Victory sekaligus menduduki kedudukan tercorot A-League.

Semasa pengumuman senarai pemain kesebelasan utama diumumkan, penyokong Newcastle Jets nyata berang dan tidak faham dengan keputusan juluratih, Deans yang masih belum memberikan lebih minit permainan kepada Liridon.

Liridon dilihat sebagai pemain yang mampu memberikan lebih penguasaan dibahagian tengah dan penyokong Newcastle ingin beliau diberikan keutamaan dan bukannya pemain sedia ada yang dianggap ‘tahi’ oleh penyokong Newcastle.

Advertisements

“Kenapa pemain yang memberikan impak besar duduk dibangku simpanan?”

“Sudah pasti apabila Krasniqi masuk, beliau akan mengawal permainan dan pasukan mula menguasai permainan.”

“Berikan dia (Liridon) dan Najjarine bermain bersama!!!”, Ujar Katie Smee yang marah.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram